Tuesday 15 September 2015

go shop - akhirnya terjebak jugak..

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pulak pasal pembelian secara online.
sebelum ini saya memang pernah beli kat lazada, atie aku bukan bidadari, dan sebagainya.
setakat ni alhamdulillah barang2 yang dibeli sampai dengan selamat..

hari sabtu lepas entah macam mana boleh terbukak chanel 118 astro go shop.
sekali bukak terpikat pulak dengan iklannya.
sebelum ni anak2 saya pernah buka dan tunjuk kat saya barang2 yang diiklankan kat situ tapi saya buat tak reti aje..
kurang berminat.
budak2 tu siap merajuk lagi sebab mama diorang malas nak layan.

so saya cubalah untuk call dan buat pembelian.
selepas buat pembelian sebenarnya kita boleh terus register kat laman web tu tapi dah banyak kali cuba tak boleh2..

saya buat pembelian pada hari sabtu dan hari isnin semalam saya dah dapat barang tu.. (masa call diaorg kata dalam 8 hari barang sampai)
saya beli strom color diamond fry pan set.
harga di go shop RM149.
tapi disebabkan saya tinggal di Sarawak adalah kos penghantarannya...





pagi tadi saya dah rasmikan pan ni.
tapi sebab kalut nak siapkan breakfast anak2 lupa pulak saya nak snap gambo.
alhamdulilah pan ini x melekat dan boleh guna sudip steel aje. tak risau calar.
anak2 saya suka telur goreng tanpa minyak..
tapi pagi tadi saya buat crepe  (lempeng bahasa ibundanya.. hahaha) aje.. inti sosej tumis..

sebelum ni saya ada beli non stick pan.
kelemahannya apabila pan tu calar aje, terus jadi melekat.
lepas tu kena pakai senduk/sudip kayu atau plastik supaya tidak calar...
kadang2 kena tulang ikan pun calar.
memang susah menjaga non stick pan ni. harga pun mahal bebenor..

lepas ni jangan terkejut pulak kalau ada lagi entry pembelian barang di go shop....

sekian, wassalam..



No comments: