Thursday 10 November 2016

Puncak gunung Serapi

assalamualaikum semua

ini sebenarnya aktiviti yang dah lama tapi asyik tertangguh aje nak up date.

Puncak Gunung Serapi mempunyai ketinggian   2600 kaki dari aras laut.  sebelum ini kami hanya mengunjung water fall sahaja. boleh lihat entry tersebut di sini.

perjalanan menuju ke puncak gunung ini hanya melalui trek bertar sepanjang laluan.  jadi amat sesuai lah saya membawa Azim dan Wani.  Kami perlu berjalan lebih kurang 3 jam untuk sampai ke puncaknya.  Tapi bergantung kepada kelajuan dan stamina masing-masing juga.

gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk kali ini.




 


 

 

perjalanan melalui laluan bertar yang selamat digunkan. sepanjang perjalanan disediakan pondok untuk berehat dan melepaskan lelah.

 

 bila menghampiri puncak, disediakan papan tanda di situ.  ikut aje arah yang telah ditunjuk.  masa ni hanya laluan bertanah aje. tapi sejauh 75 m sahaja.. kalau hujan lecak sikit la.
 


gambar-gambar ceria sebaik sahaja sampai ke puncak.  pemandangan memang menarik.  kebetulan semasa kami datang cuaca memang baik.  jadi view sangat jelas pada tinggian ini... 

 
 



terdapat view tower yang disediakan di puncak ini.  saya yang gayat ni pun hendak jugak memanjat tower ini untuk bergambar...




ini gambar yang saya snap dari view tower.. satu pemandangan yang sangat cantik dan tak dapat diucap dengan kata-kata.

sekian untuk entry kali ini, wassalam





No comments: