Monday, 5 February 2018

family day di Bukit Merah Lake town resort

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

walaupun cerita ni dah basi tpi nak park juga dalam blog saya sebagai kenang-kenangan di kemudian hari.  cerita ni adalah aktiviti family saya pada hujung tahun lepas.  kami pergi ke Bukit Merah Lake Town resort beramai2 semasa cuti krismas.

kami bergerak malam.  dan berehat sebentar untuk bersarapan di R&R yang saya pun dah lupa.  sempat juga budak2 ni main kat playground ni



kepada yang berhajat nak ke sana, gambar bawah ni adalah bayaran masuk setakat dis 2017 ye..


bergambor tu penting ye...



ada juga gerai jualan cenderamata sebagai kenag-kenangan di sini.  harga nampak ok.




 

ada juga gerai makan di dalam resort ini yang saya tengok kalau dalam agak mahal.  tapi kalau di luar harganya berpatutan.   kita boleh keluar dan amsuk asalkan tag pada tangan tidak dibuka.




saya dan anak2 paling suka main tube slide ni...  



sempat juga saya beli air laici kang ni yang berharga RM6 secawan besar..

 

ini tag untuk masuk dan loker beg.  selagi tak tanggal kita boleh keluar dan masuk dalam tempoh sehari tu..


sebenarnya banyak permainan air dalam ni tapi saya pun tak ingat simpan kat mana gambar2 tu...  jadinya ini ajelah yang dapat saya kongsikan...


sekian, wassalam








mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat

assalamualaikum semua

sebenarnya impian untuk menjejakkan kaki ke Gunung Nuang ni dah lama.
Tapi sebab duk kat bumi Borneo ni menjadikan impian tu hanya tergantung shj.  masa cuti bulan Dis lepas saya pun teragak2 juga memandangkan cuaca yang tidak menentu. hasil google, saya dapati kalau musim hujan trail memang licin dan merbahaya. Wani dan Azim pula memang nak ikut saya.
Izah aje yang tak mahu ikut sebab dia seronok berniaga ais blended dengan sepupunya.

perancangan asal nak daki masa weekday. tapi memandangkan saya membawa anak2, terpaksalah saya batalkan demi keselamatan mereka.  susah juga kalau jadi apa2 tapi tak ada orang lain yag boleh minta tolong.  so saya decided untuk hiking pada hari sabtu memandangkan waktu itu cuti berganda (Isnin cuti krismas) dan kemungkinan ramai orang di sana.  saya bercadang untuk mendaki dan berkhemah 1 malam di kem lolo.

memandangkan hiking kali ini melibatkan bermalam, segala persiapan penting perlulah dirancang dan disediakan dengan sebaiknya.

antara senarai yang ada dlm list saya adalah

  1. khemah
  2. ubat (panadol, plaster, minyak gamat, insect repelent)
  3. pisau
  4. poncho/ baju hujan
  5. baju sepasang
  6. peralatan memasak
  7. makanan dan minuman secukupnya.

memandangkan hanya saya seorang yang dewasa, tanggungjawab memikul beban yang berat itu memang tertumpu kpd saya seorang.  anak2 saya hanya membawa baju dan bekalan air dan makanan untuk perjalanan sahaja.

pendakian kali ini memang amat mencabar fizikal dan mental saya. mujur cuaca amat membantu saya.  trail kering dan memudahkan aktiviti hiking saya.

day 1

kami sampai di starting point jam 6.30 am.  waktu ni memang banyak kenderaan parking di situ. selepas register dan buat sedikit warming up, jam 7.00 am kami pun mula hiking.  mula2 kami melalui jalan bersimen dan kemudian jumpa denai dan laluan lori balak.  (nampak ada kesan tayar  lori pada laluan tersebut).  sepanjang perjalanan





 




 Lebih kurang jam 10.30 am kami pun sampai ke kem Lolo.  selepas mendirikan khemah dan berehat sebentar, saya dan Azim meneruskan pendakian menuju ke kem pacat manakala Wani tinggal menjaga barang2 kami. 

waktu ini trail memang dah mula mencabar.  nasib baik cuaca menyebelahi kami.  kami sampai di dataran pacat lebih kurang jam 1.30 tgh.  


sempat saya snap gambar Azim yang sedang berehat makan roti yang dibawa.   hihihi



inilah pokok Rapunzel yang merupakan tempat wajib bergambar untuk mereka yang mendaki Gunung nuang ni.  selepas itu kami pun meneruskan perjalanan menuju ke kem pengasih.  masa ni hati dah berbelah bagi.  dari segi tenaga saya masih mampu lagi tapi dari segi masa, saya yakin tak mampu sampai ke kem lolo sebelum gelap.  saya risaukan Wani yang tinggal seorg di situ.  masa ni ramai pendaki dah mula turun gunung.  lebih kurang jam 2.30 ptg saya terserempak dengan seorang  pendaki yang sedang menuruni gunung bertanyakan anggaran masa untuk sampai ke kem pengasih.  dia kata dalam 1 1/2 jam lagi.  dari pengasih ke Puncak hanya 1/2 jam sahaja.  maknanya 2 jam masa untuk sampai ke puncak.  masa ni sy terus ambil keputusan untuk berpatah balik ke kem Lolo.  dalam hati tak kan lari gunung dikejar.  keselamatan lagi penting.  next time ajelah saya cuba ke puncak.  Azim pun setuju dengan saya.  


kami sampai semula ke kem lolo lebih kurang jam 5 ptg.  masa ni saya terus ambil bahan2 makanan dan dapur untuk memasak nasi.  kami hanya makan nasi berlaukkan ikan sadin dan berulamkan timun sahaja.  tapi berselera sungguh anak2 sy makan.   mungkin sebab teruja sebab pertama kali camping dalam hutan. lepas solat jamak zohor asar, saya dan anak2 terus bersihkan diri dan berehat.


waktu ini suasana dalam hutan nampak gelap.  pokok2 diseliputi kabus.  


khemah yang saya bw ni sebenarnya untuk 2 orang.  tp sebab wani dan Azim kecil aje keadaan dalam khemah tu sesuai aje untuk kami bertiga.  untuk makan sy bentang poncho sahaja di hadapan khemah tu.


Azim punya lah berselera makan sampai tak sedar sy snap gambarnya.


mlm tu hujan turun.  nasib baik  saya sempat ingatkan anak2 sy untuk tutup kasut hiking dengan poncho sblm tidur kalau tak memang habis lah basah kasut kami.

Day 2

masa mlm tu dalam khemah kami ada dengar suara orang di sebelah khemah kami.  tapi sy buat tak reti aje.  bila bangun keesokkan harinya nampak makin bertambah khemah.  sebelah khemah kami pun ada yang sdang tidur beralaskan floor mat shj.

selepas solat subuh, saya sediakan sarapan ringkas.  masing2 tak mahu mandi sebab sejuk.  setelah berkemas2 apa2 yang patut, kami bergerak turun dalam jam 9.30 am.





sepanjang perjalanan ke kem Lolo memang banyak pondok2 disediakan untuk pendaki merehatkan diri dan solat.






kat starting point pun ramai yang dirikan khemah disitu.


walaupun tak sampai ke puncak, tapi saya rasa gembira sangat sebab  misi untuk membawa anak2camping dan hiking di Gunung ini.  Next time boleh lah mendaki lagi ke gunung ini dengan misi menuju ke puncak pula...



Inilah rupa kasut kami sebaik sahaja selesai hiking.  nampak masih bersih lagi kan...



punyalah banyak kereta yang parking di sini memandangkan waktu ini cuti berganda.



Gambar di bawah ni adalah flora dan fauna yang saya jumpa sepanjang pendakian di gunung ini..











sekian, wassalam

Centennial Run 2018

assalamualaikum semua

bulan Feb baru ada peluang untuk update blog.
bukan apa sibuk sangat sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.

ok lah.  larian pembukaan untuk tahun 2018 ni bermula dengan acara larian yang dianjurkan oleh MPOC.  disebabkan yuran penyertaannya rendah, saya terus daftarkan kesemua anak2 saya.  saya dan Azim ambil 10 km manakala Izah dan Wani yang 3 km.

disebabkan saya berada di luar kawasan, kawan saya yg tolong ambilkan race pack tu.  dpt no bip, baju, minyak kelapa sawit 50ml dan lain2.





ini lah muka ceria selepas tamat larian.  cantik kanwarna baju tu.  medalnya pun special. boleh berpusing 360 darjah pada bahagian tengahnya.


lepas larian, kami mengisi borang soal selidik pula untuk mendapatkan 500ml lagi minyak masak.  byk dapat minyak masak.  dapatkan untuk stok 6 bulan.




inilah paper bag yang akan diperolehi selepas isi borang soal selidik itu.


sempat juga saya merakamkan gambar dengan pemenang tempat ke 5 Julia  namanya.  kami kenal masa sama2 join dalam pasukan Sarawak Master tahun lepas.




selfie bersama anak2 dan BFF.



 

betul lah kalau dah rezeki tak ke mana.  Dapat naik podium saya kali ni...  cipta sejarah tersendiri untuk larian 10 km.



ini gambar sebelum balik...





alhamdulillah... 


 dan kita raikan di KFC...  siapa lagi kalau bukan planning anak2 saya bila tengok mamanya dpt cash... 

balik rumah buka pula hadiah yang berbalut cantik tu...  

 


biskut dalamnya.  saya tak tahu pun biskut ini.  cantik tersimpan dalam tin comel2.  yang pasti mesti harganya mahal..


yang paling best dapat 8 botol minyak masak jenama ini yang memang berguna di dapur....



sekian, wassalam