Monday 7 August 2017

Update LASIK selepas seminggu

assalamualaikum semua

baca tajuk pun dah tahu sebenarnya.

saya wajib datang untuk rutin check up selepas seminggu.

sebaik sampai saya telah dipanggil masuk ke dalam bilik pemeriksaan.
check mata guna alat yang ada gelung2 merah tu.  lepas tu ujian membaca.

dan keputusannya, mata kanan saya telah mencapai penglihatan hampir 100% dan mata kiri saya pun ikut kadar penglihatan yang telah ditetapkan. mata kiri saya tu buat mono sebab saya ada sedikit rabun dekat.

setakat ini semuanya memberikan keputusan yang positif.  kadar silau saya pun dah berkurang.  saya dah boleh membaca tulisan yang paling kecil sekali dalam buku yang diberikan oleh pemeriksa.

selepas ini saya kena hadir untuk pemeriksaan selepas sebulan pula.

sekian, wassalam

No comments: