Monday 5 February 2018

Centennial Run 2018

assalamualaikum semua

bulan Feb baru ada peluang untuk update blog.
bukan apa sibuk sangat sampai nak jenguk blog sendiri pun tak sempat.

ok lah.  larian pembukaan untuk tahun 2018 ni bermula dengan acara larian yang dianjurkan oleh MPOC.  disebabkan yuran penyertaannya rendah, saya terus daftarkan kesemua anak2 saya.  saya dan Azim ambil 10 km manakala Izah dan Wani yang 3 km.

disebabkan saya berada di luar kawasan, kawan saya yg tolong ambilkan race pack tu.  dpt no bip, baju, minyak kelapa sawit 50ml dan lain2.





ini lah muka ceria selepas tamat larian.  cantik kanwarna baju tu.  medalnya pun special. boleh berpusing 360 darjah pada bahagian tengahnya.


lepas larian, kami mengisi borang soal selidik pula untuk mendapatkan 500ml lagi minyak masak.  byk dapat minyak masak.  dapatkan untuk stok 6 bulan.




inilah paper bag yang akan diperolehi selepas isi borang soal selidik itu.


sempat juga saya merakamkan gambar dengan pemenang tempat ke 5 Julia  namanya.  kami kenal masa sama2 join dalam pasukan Sarawak Master tahun lepas.




selfie bersama anak2 dan BFF.



 

betul lah kalau dah rezeki tak ke mana.  Dapat naik podium saya kali ni...  cipta sejarah tersendiri untuk larian 10 km.



ini gambar sebelum balik...





alhamdulillah... 


 dan kita raikan di KFC...  siapa lagi kalau bukan planning anak2 saya bila tengok mamanya dpt cash... 

balik rumah buka pula hadiah yang berbalut cantik tu...  

 


biskut dalamnya.  saya tak tahu pun biskut ini.  cantik tersimpan dalam tin comel2.  yang pasti mesti harganya mahal..


yang paling best dapat 8 botol minyak masak jenama ini yang memang berguna di dapur....



sekian, wassalam







No comments: