Monday 5 February 2018

mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat

assalamualaikum semua

sebenarnya impian untuk menjejakkan kaki ke Gunung Nuang ni dah lama.
Tapi sebab duk kat bumi Borneo ni menjadikan impian tu hanya tergantung shj.  masa cuti bulan Dis lepas saya pun teragak2 juga memandangkan cuaca yang tidak menentu. hasil google, saya dapati kalau musim hujan trail memang licin dan merbahaya. Wani dan Azim pula memang nak ikut saya.
Izah aje yang tak mahu ikut sebab dia seronok berniaga ais blended dengan sepupunya.

perancangan asal nak daki masa weekday. tapi memandangkan saya membawa anak2, terpaksalah saya batalkan demi keselamatan mereka.  susah juga kalau jadi apa2 tapi tak ada orang lain yag boleh minta tolong.  so saya decided untuk hiking pada hari sabtu memandangkan waktu itu cuti berganda (Isnin cuti krismas) dan kemungkinan ramai orang di sana.  saya bercadang untuk mendaki dan berkhemah 1 malam di kem lolo.

memandangkan hiking kali ini melibatkan bermalam, segala persiapan penting perlulah dirancang dan disediakan dengan sebaiknya.

antara senarai yang ada dlm list saya adalah

  1. khemah
  2. ubat (panadol, plaster, minyak gamat, insect repelent)
  3. pisau
  4. poncho/ baju hujan
  5. baju sepasang
  6. peralatan memasak
  7. makanan dan minuman secukupnya.

memandangkan hanya saya seorang yang dewasa, tanggungjawab memikul beban yang berat itu memang tertumpu kpd saya seorang.  anak2 saya hanya membawa baju dan bekalan air dan makanan untuk perjalanan sahaja.

pendakian kali ini memang amat mencabar fizikal dan mental saya. mujur cuaca amat membantu saya.  trail kering dan memudahkan aktiviti hiking saya.

day 1

kami sampai di starting point jam 6.30 am.  waktu ni memang banyak kenderaan parking di situ. selepas register dan buat sedikit warming up, jam 7.00 am kami pun mula hiking.  mula2 kami melalui jalan bersimen dan kemudian jumpa denai dan laluan lori balak.  (nampak ada kesan tayar  lori pada laluan tersebut).  sepanjang perjalanan





 




 Lebih kurang jam 10.30 am kami pun sampai ke kem Lolo.  selepas mendirikan khemah dan berehat sebentar, saya dan Azim meneruskan pendakian menuju ke kem pacat manakala Wani tinggal menjaga barang2 kami. 

waktu ini trail memang dah mula mencabar.  nasib baik cuaca menyebelahi kami.  kami sampai di dataran pacat lebih kurang jam 1.30 tgh.  


sempat saya snap gambar Azim yang sedang berehat makan roti yang dibawa.   hihihi



inilah pokok Rapunzel yang merupakan tempat wajib bergambar untuk mereka yang mendaki Gunung nuang ni.  selepas itu kami pun meneruskan perjalanan menuju ke kem pengasih.  masa ni hati dah berbelah bagi.  dari segi tenaga saya masih mampu lagi tapi dari segi masa, saya yakin tak mampu sampai ke kem lolo sebelum gelap.  saya risaukan Wani yang tinggal seorg di situ.  masa ni ramai pendaki dah mula turun gunung.  lebih kurang jam 2.30 ptg saya terserempak dengan seorang  pendaki yang sedang menuruni gunung bertanyakan anggaran masa untuk sampai ke kem pengasih.  dia kata dalam 1 1/2 jam lagi.  dari pengasih ke Puncak hanya 1/2 jam sahaja.  maknanya 2 jam masa untuk sampai ke puncak.  masa ni sy terus ambil keputusan untuk berpatah balik ke kem Lolo.  dalam hati tak kan lari gunung dikejar.  keselamatan lagi penting.  next time ajelah saya cuba ke puncak.  Azim pun setuju dengan saya.  


kami sampai semula ke kem lolo lebih kurang jam 5 ptg.  masa ni saya terus ambil bahan2 makanan dan dapur untuk memasak nasi.  kami hanya makan nasi berlaukkan ikan sadin dan berulamkan timun sahaja.  tapi berselera sungguh anak2 sy makan.   mungkin sebab teruja sebab pertama kali camping dalam hutan. lepas solat jamak zohor asar, saya dan anak2 terus bersihkan diri dan berehat.


waktu ini suasana dalam hutan nampak gelap.  pokok2 diseliputi kabus.  


khemah yang saya bw ni sebenarnya untuk 2 orang.  tp sebab wani dan Azim kecil aje keadaan dalam khemah tu sesuai aje untuk kami bertiga.  untuk makan sy bentang poncho sahaja di hadapan khemah tu.


Azim punya lah berselera makan sampai tak sedar sy snap gambarnya.


mlm tu hujan turun.  nasib baik  saya sempat ingatkan anak2 sy untuk tutup kasut hiking dengan poncho sblm tidur kalau tak memang habis lah basah kasut kami.

Day 2

masa mlm tu dalam khemah kami ada dengar suara orang di sebelah khemah kami.  tapi sy buat tak reti aje.  bila bangun keesokkan harinya nampak makin bertambah khemah.  sebelah khemah kami pun ada yang sdang tidur beralaskan floor mat shj.

selepas solat subuh, saya sediakan sarapan ringkas.  masing2 tak mahu mandi sebab sejuk.  setelah berkemas2 apa2 yang patut, kami bergerak turun dalam jam 9.30 am.





sepanjang perjalanan ke kem Lolo memang banyak pondok2 disediakan untuk pendaki merehatkan diri dan solat.






kat starting point pun ramai yang dirikan khemah disitu.


walaupun tak sampai ke puncak, tapi saya rasa gembira sangat sebab  misi untuk membawa anak2camping dan hiking di Gunung ini.  Next time boleh lah mendaki lagi ke gunung ini dengan misi menuju ke puncak pula...



Inilah rupa kasut kami sebaik sahaja selesai hiking.  nampak masih bersih lagi kan...



punyalah banyak kereta yang parking di sini memandangkan waktu ini cuti berganda.



Gambar di bawah ni adalah flora dan fauna yang saya jumpa sepanjang pendakian di gunung ini..











sekian, wassalam

No comments: